Dipanggil Bodoh Sebab Pakai Turtle Neck Bercuti Di Langkawi, Ini Jawapan Padu Eina Azman!
Azwa Rahman
07/08/2020 09:58 MYT
07/08/2020 09:58 MYT
Pelakon Datin Eina Azman dilabel bodoh oleh seorang netizen hanya kerana memakai pakaian ‘turtle neck’ ketika bercuti di Langkawi.
Menerusi laman sosial Instagram, Eina memuat naik beberapa keping foto bersantai di atas kapal layar untuk tatapan umum.
Menurut netizen tersebut, pakaian ‘turtle neck’ tersebut tidak sesuai dipakai kerana cuaca panas terik.
Tidak berdiam diri, Eina membalas komen tersebut dengan memberikan alasan yang kukuh tentang pemakaiannya ketika bercuti.
“Ia tidak bodoh, turtle neck yang saya pakai nipis dan saya taknak hitam macam hati awak tu.
“Langkawi tu panas sebab tu saya pakai macam tu. Nasib baik saya pakai turtle neck, kalau pakai bikini? Awaklah antara orang yang akan kecam kan,” balas Eina.
Penampilan Eina yang mengenakan skirt berwarna putih itu turut mengundang pelbagai pujian pengikutnya.
“Cantiknya! Sama padan. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” komen seorang wargamaya.
“Cantik foto datin! Tempatnya pun cantik,” kata seorang wargamaya.
“Pandai datin jaga dato, nampak dari perutnya. Pandai dato jaga datin, nampak dari badannya jugak,” puji seorang wargamaya.
“Suka la tengok pakaian datin ni,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.

“Stupid outfit. Datin tak sesuai panas terik macam tu pakai turtle neck,” tulis netizen terbabit di ruangan komen.