Seorang pekerja di sebuah Restoran Cina Muslim baru-baru ini tular di Platform X selepas didapati memakai rantai salib ketika bekerja.

Susulan perkara itu, ramai yang mula berasa ragu-ragu dengan restoran tersebut kerana risau cara penyediaan makanan mereka tidak mengikut syariat Islam.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, pengurus kepada restoran itu telah pun memecat kakitangan terbabit kerana dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.


BERITA TRENDING: Diminta Masak Makanan Israel, Lelaki Ini Dipuji Sebab…

Berikutan isu berkenaan, majoriti netizen berasa kurang senang dengan tindakan individu yang menularkan perkara itu secara melulu.

“Takkan seorang yang bukan beragama Islam tak boleh nak kerja kat restoran halal kot? Yang tukang viral tu puas lah kan? Disebabkan perangai bodoh kau, seorang individu hilang kerja,” tulis seorang warganet.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan supaya lelaki yang diberhentikan kerja itu membawa kes ke mahkamah.

“Saya harap dia heret syarikat tu ke mahkamah,” ujar seorang netizen.

Sekadar info, Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang telah meraih perhatian rakyat Malaysia selepas menjadi ‘viral’ di media sosial.

Semenjak itu, ramai yang berpusu-pusu datang ke kedai berikut untuk mencuba roti daging popular yang disediakan di restoran tersebut.

Sumber: Platform X