gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lepas Kantoi Berpeluk Di Konsert Coldplay, CEO & Kekasih Gelap Digantung Kerja
HIBURAN
Peminat Terhibur G-Dragon Cakap Bahasa Melayu - “Boleh La Abang Naga Jadi Orang Malaysia”
VIRAL
Malaysia Larang Import Sisa Plastik Dari Amerika Syarikat, Aktivis Beri Sokongan Padu! - "Bagus, Kita Patut Uruskannya Sendiri"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dipeluk Nelydia Senrose, Hariz Hamdan Mohon Maaf - “Mungkin Pada Saat Itu Dia Rasa…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
20/07/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Dipeluk Nelydia Senrose, Hariz Hamdan Mohon Maaf - “Mungkin Pada Saat Itu Dia Rasa…”

Pelakon, Hariz Hamdan memohon maaf dan tidak berniat untuk mencetuskan sebarang kontroversi berhubung video tular yang memaparkan pelakon Nelydia Senrose memeluk tangannya ketika mereka menaiki gondola di Pulau Langkawi baru-baru ini.Menurut Hariz, video tersebut dimuat naik hanya sebagai kenangan bersama rakan-rakan serta untuk tujuan promosi drama terbaharunya dan bukan dengan niat menimbulkan isu.

“Dalam hal ini saya tak salahkan siapa-siapa tapi saya nak minta maaf jika video yang saya upload ini mencetuskan kontroversi. Saya tiada niat pun untuk cipta sebarang kontroversi sebab saya upload hanya untuk kenangan saya dengan kawan-kawan.
“Masa saya upload tu pun bukannya saya fikir yang sebab dia isteri orang jadi kalau saya upload akan jadikan isu tapi ia sekadar kenangan dengan kawan-kawan dan juga untuk promo drama terbaharu saya yang akan keluar, tiada niat untuk cipta sebarang kontroversi,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan Nelydia yang memeluk tangannya, Hariz berkata situasi itu berlaku secara spontan kerana pelakon wanita tersebut berada dalam keadaan panik ketika berada dalam gondola.
“Mungkin pada saat itu dia rasa anxiety dan panik jadi dia tak tahu apa yang dia buat. Saya pun tak salahkan dia, bila dia panik kita tak tahu macam mana kita akan bertindak.
“Sebab panik itu yang dia peluk tangan saya tapi sebagai adik kepada Nely saya cuba buat yang terbaik untuk tenangkan dia sebab mungkin dia pada saat itu sangat-sangat memerlukan pertolongan.
Terdahulu, tular sebuah video Nelydia memeluk tangan Hariz ketika sedang menaiki gondola di Pulau Langkawi.
Tindakan itu membuatkan netizen kurang senang lebih-lebih lagi Nelydia merupakan isteri orang.
Topic Berkaitan
#Peluk
#Hariz Hamdan
#Nelydia Sensrose
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement