Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Dipersoal Sumber Modal Bisnes Guna Duit Sugar Daddy, Ini Jawapan Balas Syura...

ZULHILMI JALIL 23/01/2021 | 09:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Syura Badron meluahkan rasa terkilan apabila terdapat netizen yang seolah-olah mempertikaikan kemampuannya dalam menjalankan perniagaan.
Lebih mengecewakan, menurut Syura apabila pihak berkenaan mempersoalkan sumber kewangannya yang mungkin 'ditaja' individu berstatus sugar daddy.
"Ya, saya sedar saya tak ada apa yang boleh dibanggakan, tapi alhamdulillah saya guna duit saya sendiri untuk buat bisnes kecil saya ini.
"Saya tak perlu pun sugar daddy untuk saya buat bisnes, saya pakai duit simpanan saya untuk buat semua ini. Kalau cik DM (mesej peribadi) hanya untuk fitnah, terima kasih banyak-banyak," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Menerusi entri itu, Syura turut berkongsi paparan mesej yang diterima daripada salah seorang pengguna Instagram.
Individu tersebut mempersoalkan kemampuan perniagaan kosmetik yang diusahakan Syura.
"Nak tanyalah, betul ke Charmant tu awak punya? Takkanlah awak mampu nak buat produk sendiri? Awak bukan popular pun, job pun tak ada sangat kan? Ke ada bantuan sugar daddy?" tulis individu berkenaan.

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Jelas Syura lagi, biarpun bidang seni tidak begitu menyebelahi dirinya, namun, dia masih mampu mencari rezeki dengan cara yang betul.
Katanya, perniagaan yang cuba diusahakannya itu menggunakan wang simpanan sendiri hasil titik peluhnya sendiri sebagai anak seni.
"Saya sedar kedudukan saya dalam industri ni, tapi sekurang-kurangnya saya berjuang untuk cari rezeki, bukan ambil cara mudah dapat duit dengan sugar daddy tu ..
"Charmant tu saya yang bina dengan hasil simpanan saya sepanjang saya cari rezeki dalam industri. Saya masih bertatih dalam bidang perniagaan.
"Mendoakan lebih baik daripada memfitnah macam ni, tak apalah kata-kata awak tak menjadi kudis pun untuk saya, terima kasih," coretnya.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata rakan artis memberi sokongan kepada Syura untuk tidak patah semangat dalam menjalankan perniagaannya.
"Memang ada manusia yang tak senang duduk bila tengok kehidupan orang bahagia, biarkan dia sis, teruskan!," komen Indah Ruhaila.
"Teruskan berusaha Kak Syura, abaikan negativiti," tulis Wani Kayrie.
"Ni kurang ajar orang ni. Jangan layan beb, rezeki Allah tak pernah salah alamat, kau usaha keras aku tahu," ujar Zarina Zainoordin.
Syura kini berstatus ibu tunggal selepas mendedahkan kepada media pada 2016 mengenai status dirinya yang sudah bercerai talak dua dengan suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin.
Bagaimanapun, Syura tidak mendedahkan secara terperinci tarikh perceraian mereka selepas berkahwin pada April 2006.
Menerusi perkahwinan itu, Syura dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania, 14, Nurul Qaisara Sofea, 13, dan Mohd Irfan Aryan, 8.
#Penyanyi #Syura #Bisnes #Modal #Sugar Daddy
;