Dipersoal Tiada Gambar Suami Selepas Rujuk, Linda Hashim Bagi Alasan - "Bukan Tak Nak Post, Tapi..."
Pelakon Linda Hashim akui ramai yang mempersoalkan ketiadaan gambarnya berdua bersama suami Beego selepas mereka kembali rujuk baru-baru ini.
Kata Linda, bukan tidak mahu muat naik foto mereka tetapi dia beri alasan tidak cantik seperti orang lain.
"Terlalu ramai bertanya mana gambar kami berdua..
"Bukan tak nak post..tapi malu la...Kita tak la secantik mana pun..ni pun gigih cari angle mana yang on point..," katanya.
Linda berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Aktres itu bersyukur dan mahu mengucapkan terima kasih kepada yang telah mendoakan kebahagiaan mereka.
"Alhamdulillah kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang tak henti-henti mendoakan kami yang bagi kata-kata positif pada kami,yang happy tengok kami..
"Tapi ada juga yang tak suka kita tau..tapi Tak apa,sebab yang tak suka tu hanya 2 3 orang je..yang suka ni beribu..maka dengan ini, kami belanja la 1 gambar," ujarnya.
Beego, 43, dan Linda, 39, mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Bagaimanapun, akibat tiada persefahaman dan kurang berkomunikasi, mereka bercerai talak satu pada 27 Mac lalu, namun rujuk semula pada 9 April lalu ketika masih dalam edah.