Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dipertikai Guna 5 Bodyguard Ke Mahkamah, Pengurusan Fazura: “Kalau Pakai 1 atau 2 Tak Terkawal…"

Maliah Surip
26/09/2024 09:47 MYT
Pihak pengurusan Fazura, Iman Tang menjawab pertikaian dan persoalan segelintir pihak yang bertanya kepentingan serta keperluan bintang di bawah jagaannya itu ditemani lima pengawal peribadi sewaktu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada Rabu.

Keselamatan artis


Menurutnya, selaku pihak pengurusan, beliau bertanggungjawab terhadap keselamatan artis di bawah jagaannya.

Menyediakan atau mengizinkan Fazura memakai khidmat pengawal peribadi juga bukan untuk bermegah atau konten.

“Sebenarnya memang sudah menjadi kebiasaan Fazura untuk ada pengawal keselamatan saat hadir ke sesebuah majlis.


“Dan untuk semalam (ada lima pengawal peribadi) ke mahkamah, saya bersetuju kerana pernah ada insiden ada orang yang kurang sopan tarik dan ada yang bila bergambar ambil kesempatan.

“Jika hanya ada satu atau dua pengawal mungkin tak terjaga crowd. Dan untuk semalam kami tidak tahu keadaan macam mana, jadi saya okay.

“Cuma saya berpesqn kepada semua, jangan kasari teman-teman media sebab semua datang bekerja tapi kalau bukan media, boleh,” jelas Iman Tang sewaktu ditemui media di ibu kota.

Tak boleh senangkan hati semua


Iman juga menjelaskan tidak boleh mengambil dan menyenangkan hati semua pihak apabila Fazura hadir dengan lima pengawal peribadi menjadi hangat di media sosial.

“Pada saya tak sepatutnya dikecohkan dan ada masa kita tak boleh mengambil atau menggembirakan hati semua orang.

“Kalau tak pakai (pengawal) insiden berlaku orang akan tanya kenapa tak ada?


“Bila pakai kita pula dipersalahkan kenapa tak jaga (keselamatan) artis. Jadi macam saya kata memang tak boleh nak sedapkan hati semua orang,” tambahnya.

Pada masa sama, Iman mengaku memiliki dua pengawal peribadi yang dibayar oleh pengurusan namun tidak gemar menggunakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

ARTIKEL BERKAITAN: Saya Ada Perasaan, Bukannya Robot - Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah Tangga Ini Banyak Fasa…” - Sebak Baca Kisah Fattah & Fazura, Kak KM Beri Nasihat Buat Pasangan Berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah


“Tapi untuk Fazura semalam (mahkamah), itu pengawal peribadi dia dan yang lain adalah sahabatnya,” dedah Iman.

Terdahulu kehadiran Fazura ke mahkamah bagi kes permohonan cerai terhadap Fattah Amin yang ditemani lima pengawal peribadi menjadi buah mulut netizen.

#Fattah Amin #Fazura #Bodyguard #Fazura Bodyguard
;