Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dipilih Sebagai Artis Cantik TerGempak 2020, Ini Komen Linda Nanuwil!

Hanafis Haris
30/12/2020 23:43 MYT
Penyanyi Linda Nanuwil terharu apabila dinobatkan sebagai Artis Cantik TerGempak 2020, hasil undian pembaca Gempak.

Menurut Linda, dia berterima kasih atas undian penyokongnya yang selama ini tidak pernah putus.

“Linda sangatt terharu dan berterima kasih atas undian dan sokongan anda semua.

“Walaupun anda semua busy dengan kerja dan life masing-masing tapi masih ada masa untuk mengundi.

“Terima kasih juga kepada Astro Gempak, Tahniah kepada semua peminat2 di luar sana dan juga @lindananuwil.fc. Ini kejayaan kita bersama,” katanya.

Jelas Linda, baginya kecantikan seseorang bukan hanya pada rupa paras.

“Tapi ia juga lahir dari dalam diri kita iaitu ketulusan, kebaikan, adab dan juga keikhlasan .

“Dalamannya cantik, maka terpancarlah ‘nur’ pada wajahnya. Linda anggap ini hadiah dari anda semua sebagai penutup tirai tahun 2020.

“Maafkan andai kata Linda ada terkasar bahasa atau secara tidak sengaja menguris hati kalian.

“Jangan lupa saksikan nanti telemovie yang bertajuk #misterijamvintage di #astrocitra Januari 2021,” katanya.

Terdahulu, undian yang dibuka kepada pembaca Gempak sejak 18 Disember lalu, sepakat memilih penyanyi kelahiran Sabah ini sebagai artis paling cantik.

Menerima undia sebanyak 38.97 peratus, kemenangan Linda sekali gus mengenepikan pesaing terdekatnya Siti Saleha dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

BACA : Linda Nanuwil Artis Tercantik 2020! Kalahkan Nama Besar Termasuklah...

#Cantik #Linda Nanuwil #GempakMostWanted2020