Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Dipuji Syafinaz Sebagai Penyanyi Yang Miliki Bakat Semula Jadi, Ini Jawapan Siti Nurhaliza…

Izwan Isa 24/12/2022 | 13:50 MYT
Sekali lagi nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza disebut sebagai salah seorang penyanyi di Malaysia yang mampu menyanyi dan melantunkan suara dengan baik.
Tidak lain tidak bukan, hal itu dinyatakan oleh penyanyi dan guru vokal terkemuka, Datuk Syafinaz Selamat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi temu bual bersama radio Zayyan, Syafinaz menjelaskan yang Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah antara penyanyi tempatan yang mempunya bakat semulajadi.
Berkesempatan bertemu dengan Siti baru-baru ini usai program MeleTOP, penyanyi yang popular dengan lagu Bidadari Syurgamu itu mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Syafinaz atas pujian itu.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada Datuk Syafinaz. Saya sangat mengharga dan bersyukur dengan bakat yang diberikan.
“Sebab ini semua anugerah dan bakat daripada Allah SWT. Sebenarnya, satu famili kami boleh menyanyi. Tapi hanya saya yang memang fokus dalam bidang nyanyian sejak kecil.
“Suara saya pun matang menerusi pengalaman, walaupun saya tak belajar vokal, saya belajar sendiri daripada pendengaran, penglihatan dan juga daripada produser-produser yang pernah menerbitkan lagu-lagu saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain Siti juga tercalon dalam Gempak Most Wanted Awards 2022 menerusi kategori Artis Digital Tergempak.
Undi Siti, bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
#Siti Nurhaliza #Syafinaz Selamat
;