Laman Utama

Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi

gempak
Firdaus
04/12/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Finalis All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Nikki Palikat berkongsi cerita di sebalik persembahan uniknya dari segi visual yang berjaya memukau pihak juri dan penonton.
Menurut Nikki, idea itu diperolehi menerusi tema lagu Gemuruh dan Pelesit Kota yang dianggap mempunyai elemen magis serta mistik.
“Dua buah lagu yang begitu berbeza, untuk dimedleykan saya mencari jalan cerita yang dapat flow dengan bagus.
“Bila saya nampak, pelesit ni adalah belalang jadian daripada makhluk halus, sebab lagu gemuruh tu kan macam magic-magic, apa kata saya menjadi ahli sihir, yang boleh bertukar bentuk menjadi seekor pelesit,” katanya.
Mengulas lebih lanjut tentang persembahan itu, Nikki mendedahkan busana kreatif yang digayakan olehnya adalah rekaan pereka fesyen, Melinda Looi yang terkenal dengan baju-baju berimej pelik.
“Untuk mencari pereka yang buat baju seperti belalang siapa? Melinda Looi baju-baju dia memang pelik-pelik,” ujarnya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza (GV10): Penangan Slide Atas Pentas, Kaki Nikki Palikat Lebam! - “Rasa Sakit, Tapi Redah...

Nikki berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarsGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. Whatsapp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838
Tengok Gegar Vaganza 2023 LIVE di Youtube Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024