Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dira Abu Zahar Dilantik Timbalan Speaker Wanita Pertama DUN Melaka

Mya Amri
27/12/2021 16:41 MYT
Pelakon, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN, sekali gus menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan berkenaan.

Dira yang merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin, sebelum ini memenangi kerusi DUN Rim selepas kali pertama mempertaruhkan nasib pada PRN Melaka lalu.

Mula bergiat aktif dalam dunia politik sejak tahun 2015, beliau juga merupakan pemegang Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya.

BACA: Artis Pertama Menang Pilihan Raya, Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat Dira Abu Zahar

Sementara itu, Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas semalam menyaksikan veteran politik yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ibrahim Durum dilantik sebagai Speaker DUN.

Perlantikan itu bagi menggantikan Datuk Ab Rauf Yusoh yang memenangi kerusi DUN Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) November lalu.
Cadangan melantik Ibrahim itu dikemukakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum mendapat sokongan majoriti 15 ADUN yang lain.

Untuk mengetahui berita lanjut layari ASTRO AWANI
#Dira Abu Zahar #Datuk Khaidhirah Abu Zahar #DUN Melaka #Timbalan Speaker