Laman Utama
Dirakam Kerana Street Fashion Dengan Baju Warna Sedondon, ‘Pasangan’ Ini Kantoi Curang
Sepasang kekasih yang mesra berpegangan tangan memakai pakaian warna sedondon dirakam video saat mereka berjalan di sebuah kawasan popular di China.
Mereka yang memakai pakaian berwarna merah jambu dirakamkan di kawasan beli belah Chengdu’s Taikoo sebelum video dikongsi dalam platform TikTok versi China iaitu Douying sebagai salah satu gaya street fashion. Konten street fashion menjadi sangat popular dan trend yang viral di platform tersebut.
Setelah video mereka ditonton ribuan warganet, termasuk di Weibo dengan 1.2 jura tontonan, ‘pasangan kekasih’ ini berdepan mimpi ngeri apabila fakta hubungan mereka terungkap, lapor weehingthong.com.
Satu sumber mendakwa, pasangan tersebut menjalin hubungan sulit. Si lelaki yang memang kelihatan lebih tua didakwa bernama Hu Jiyong adalah suami orang, manakala perempuan muda bernama Dong Sijin merupakan wanita simpanannya.
Lebih menarik, Sijin didakwa bekerja sebumbung dengan Jiyong dan isterinya di sebuah syarikat terkenal di China.
Selepas kecurangan Jiyong tersebar, lelaki yang memegang jawatan pengarah eksekutif itu telah dipecat sementara nasib Sijin tidak diketahui.