“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan
Asyikin Mayudin
29/07/2024 00:49 MYT
29/07/2024 00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Dengar Dengusan Harimau
Malah, Shuib berkata dia juga mula menyedari arwah isterinya itu bersikap aneh semasa diawal perkahwinan mereka lagi.
“Sebenarnya banyak kali saya lalui keadaan yang mencemaskan, dirasuk. Paling teruk adalah ketika dia bertukar seperti harimau, gaya harimau dan jilat kaki.
“Minggu pertama saya berkahwin dengan dia, tiba-tiba saya terdengar dia mendengus seperti harimau,” katanya menerusi podcast yang dikendalinya dengan dua rakan lain, Shuk Sahar dan Fizie iaitu Dol’s Podcast.
Rasa Diri Disihir
Pada perkongsian yang sama, arwah Sarah juga pernah berasakan dirinya seperti disihir ketika sedang bertanding di Gegar Vaganza musim ketiga.
“Ada satu minggu di Gegae Vaganza, saya duduk di belakang pentas. Selepas selesai persembahan, dia pusing dan jalan ke arah saya sambil dia panggil ‘daddy’ kemudian dia terus tumbang.
ARTIKEL BERKAITAN: Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."
ARTIKEL BERKAITAN: Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"
ARTIKEL BERKAITAN: Ketagih Main Permainan ‘Mesin’, Shuib Pernah Kerugian Puluhan Ribu & Dikepung Gangster - “Bila Aku Berhenti, Duit Bukan Kata Boleh Simpan, Malah Makin…”
ARTIKEL BERKAITAN: Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"
“Sebenarnya pada malam itu, dia tak ada pada segment terakhir sebab saya dah bergegas bawa dia pergi dapatkan rawatan.
“Dia cakap dia rasa dia disihir. Pernah dia naik atas pentas dan rasa orang bencikan dia, persembahan tak best,” ujarnya lagi.
Menerusi episod podcast itu, penceramah bebas iaitu Ustaz Kazim Elias menjadi tetamu undangan dan turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan sihir.
Menurut Ustaz Kazim Elias, dia sudah memaafkan individu yang menghantar sihir kepadanya biarpun tidak mengenali identiti dan niat penghantar itu.
Terdahulu, Shuib dikecam netizen gara-gara mendedahkan dia pernah menjadi ‘kaki judi’ yang menerusi podcast tersebut.
Netizen menganggap pendedahan itu seakan-akan Shuib yang memilih untuk membuka aib sendiri memandangkan pada asalnya orang tidak mengetahui tentang ketagihan itu.