Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dirikan Masjid, Serasi Dah Tu” - Romantik Habis, Peminat Mahu Ruhainies & Zul Ariffin Kahwin

Azwa Rahman
28/06/2021 12:10 MYT
Aktres jelita Ruhainies mencuri perhatian ramai apabila tampil romantis dengan aktor kacak Zul Ariffin bagi menjayakan watak mereka di dalam sebuah drama bersiri berjudul Wife Sebelah Rumah.

Menerusi laman sosial Instagram, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkongsi sebuah video memaparkan momen mesra di antara mereka berdua.

“Salah satu projek paling best untuk saya. Kami seronok menjalani penggambaran untuk drama bersiri ni. Ia mengambil masa tiga minggu untuk habiskan 16 episod!

“@zul_ariffin adalah salah sorang gandingan yang best. Senang sangat bekerja dengan dia. I selesa sangat working with him. Dia sebenarnya kelakar + pemalu tbh walaupun hobi dia suka kacau orang,” tulis Ruhainies sebagai kapsyen.

Menerusi perkongsian video di sebalik tabir yang berdurasi lebih empat minit itu, kedua-dua pelakon terbabit kelihatan saling mengusik dan bermesraan sepanjang berada di set penggambaran.

A post shared by @ruhainies7


Malah istimewanya lagi, jelas terpancar keserasian di antara mereka berdua.

Sementara itu di ruangan komen, kemesraan mereka mendapat restu daripada pengikut apabila rata-ratanya mendoakan agar Ruhainies dan Zul bertemu jodoh.

Kalau bercinta betul pun apa salahnya. So sweet la,” komen seorang wargamaya.

Kahwin je la dengan Zul Ariffin ni, habis cerita,” kata seorang wargamaya.

Aku yang sengih sorang sorang tengok video diorang ni. Cair wehhh,” luah seorang wargamaya.

Sweetnya, suka la tengok dua orang ni. Bercinta la betul betul,” gesa seorang wargamaya.

Dirikan masjid, jangan tunggu lagi. Serasi dah tu,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 250,000 tontonan daripada pengikutnya.
#Zul Ariffin #Ruhainies #Wife Sebelah Rumah
;