gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bawa Konsep Borneo, Marsha Milan Gegarkan Malam Pertama Festival Muzik ASEAN-Korea ROUND 2025
HIBURAN
Rupanya Nam Ron Ada ‘Stage Fright’, Banyak Kali Fikir Sebelum Terima Teater - “Pensyarah Beritahu Saya Tidak Boleh Berlakon…”
HIBURAN
Cakra Khan Bakal Gegarkan Plenary Hall Dengan ‘Divine Concert’ Ogos Ini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Dirogol Dalam Sawah Padi Lepas Sambut New Year, Remaja Ini Kemudian Ditinggalkan Berhampiran Balai Polis

Gempak
Gempak
02/01/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Dirogol Dalam Sawah Padi Lepas Sambut New Year, Remaja Ini Kemudian Ditinggalkan Berhampiran Balai Polis
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dipercayai dirogol di kawasan sawah padi dalam kejadian di Kampung Bukit Abal di sini pada Isnin.
Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 13 tahun itu kemudiannya telah ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang oleh suspek yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

BERITA TRENDING: Lelaki Dah Nak Masuk Umur Pencen Didakwa Rogol Anak Tiri Sejak Mangsa Berusia 6 Tahun!

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.50 pagi.
"Siasatan awal mendapati, dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan telah keluar bersama suspek tanpa pengetahuan ibunya dengan menaiki sebuah motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu menuju ke Pasir Puteh.
"Suspek kemudian telah membawa mangsa bersiar-siar di sekitar kawasan Besut dan Pasir Puteh sempena menyambut tahun baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Menurut beliau, suspek kemudiannya membawa mangsa ke kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal di sini sebelum bertindak merogol remaja berkenaan.
Ujarnya, bertindak atas maklumat sekitar jam 1 petang pada Selasa, polis berjaya menahan suspek di dalam sebuah bas di Bentong, Pahang.

BERITA TRENDING: Ibu Meninggal Dunia Lepas Tahu Anak Diperkosa Sekumpulan Remaja Punk

Zaizul Rizal memberitahu, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar itu dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.
"Remaja lelaki terbabit akan direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rogol
#Tahun Baharu
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement