Hiburan

Disahkan Menghidap Penyakit Panik, Bang Yong Guk Minta Maaf Pada Peminat

gempak
Ahmad Shah
27/10/2016
09:40 MYT
Sponsor Banner
Disahkan Menghidap Penyakit Panik, Bang Yong Guk Minta Maaf Pada Peminat
Ketua kumpulan B.A.P, Bang Yong Guk disahkan mengidap penyakit panik dan diarahkan berehat serta tidak akan menyertai promosi album terbaru mereka berjudul Noir.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan B.A.P, TS Entertainment menyatakan Bang Yong Guk disahkan menghidap sejenis penyakit dipanggil 'Panic Disorder'.
“Dia disahkan menghidap ‘panic disorder’ selepas membuat pemeriksaan dengan doktor baru-baru ini.
“Kami lebih mementingkan kesihatannya berbanding promosi tersebut jadi setelah membuat perbincangan bersama anggota lain, kami telah bersetuju untuk membenarkan Bang Yong Guk berehat,” kata agensi tersebut seperti yang dilapor Allkpop.
Bagaimanapun, lima anggota lain iaitu Himchan, Jongup, Daehyun, Youngjae dan Zelo akan meneruskan promosi berkenaan manakala Yong Guk dihantar menjalani rawatan profesional untuk proses pemulihan.
Sementara itu, Yong Guk melalui akaun Twitter peribadinya telah memohon maaf kepada peminat yang terkejut mendengar berita mengenai penyakitnya.
“Saya akan cuba sedaya upaya untuk kembali sihat. Sebagai ketua kumpulan sudah pasti saya berasa sedih dan maafkan saya kerana tidak dapat bersama anda (peminat).
“Saya juga memohon supaya anda memberikan seokong kepada lima anggota lain dalam mempromosikan album terbaru kami,” tulisnya.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live