Hiburan
Disamakan Dengan ‘Bibik’, Atikah Suhaime Anggap Isteri Layan Suami & Urus Rumah Tangga Perkara Normal - “Terlalu Banyak Benda Saya Lakukan…”
Pelakon Datin Atikah Suhaime berasa kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang menganggap cara seorang isteri menguruskan kerja rumah seperti bibik atau pembantu rumah.
Layanan untuk suami
Atikah menerusi perkongsianya di Instastory, berkata layan yang diberikan kepada suaminya merupakan sesuatu perkara biasa dilakukan seorang isteri.
“Saya ingat benda ini normal? Dah tak ada isteri buat macam ini lagi ke? Ke kalau buat, orang akan cakap you macam bibik? Terlalu banyak benda saya lakukan sebagai isteri biasa.
“Seperti mana yang ibu saya didik saya, macam masak untuk suami dan keluarga, teman suami tapi kat TikTok, orang cakap ‘macam bibik atau maid’,” katanya.
Hidang makanan untuk suami
Atikah berkongsi perkara itu dengan memuat naik status individu yang menganggap wanita yang masih menghidangkan makanan untuk suami adalah bidadari syurga.
“Zaman sekarang masih adakah seorang isteri yang menghidangkan air minuman dan duduk di samping suami sehingga selesai makan walaupun tidak ikut makan sekali.
“Jika ada, itu bukan seorang isteri, tapi bidadari syurga,” katanya.
Kucing perliharaan
Pada perkongsian lain, Atikah mendedahkan kucing perliharaannya yang membuatkan dirinya sebagai ‘bibik’.
“Setahu saya, yang buat saya mcam bibik, yang ini (kucing). Tak reti basih pinggan sendiri, kalau nak makan waktu itu juga nak, tak boleh tunggu. Terjerit-jerit, bila waktu mandi, dipukul-pukulnya kita.
“Lepas itu, dah dapat apa yang dia nak, bukan nak manja dengan kita, mummy mentua kita juga yang dia cari. Hanya cari kita kalau nak sesuatu. Itu baru betul diperlakukan macam bibik,” ujarnya.