Laman Utama
Disamakan Dengan Valak, Aina Abdul Masih Tak Move On! Ucap Terima Kasih Untuk Team!
Penyanyi Aina Abdul tampil mengekspresikan rasa puas hati dengan imejnya di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) baru-baru ini meskipun mendapat kecaman netizen.
Menurut Aina, meskipun ada yang menyamakan pakaiannya dengan karakter Valak dalam filem Nun, namun dia tetap menyukai imej tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada yang menguruskannya.
Aina berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Walaupun Aina disamakan dengan Kak Valak, Aina just nak cakap, I can't move on from this look! Good job team!" tulisnya sebagai kapsyen.
Pada masa yang sama, pelantun lagu Semalam ini turut menyenaraikan kredit nama jurugaya, jurusolek, pereka fesyen dan pembantu yang terlibat dalam konsert malam itu.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat yang sentiasa menyokong Aina meninggalkan kata-kata positif dan memberi semangat untuknya.
Di pentas SFMM35, Aina membawakan lagu Semalam yang telah diumumkan berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Januari depan.
Must-Watch Video