Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Disangka Hamil, Yuna Padam Foto – “Ia Mungkin Sensitif Untuk Mereka Yang Sedang Mencuba Untuk Dapatkan Anak…”

Fiza Kamarudin 12/04/2021 | 14:20 MYT
Penyanyi Yunalis Zarai bertindak memadam fotonya di Instagram (IG) gara-gara disangka hamil oleh para pengikutnya di laman sosial tersebut.
Yuna berkata dia terpaksa memadam foto tersebut kerana ramai yang salah faham dan menyangka dirinya sedang berbadan dua.
Katanya, foto yang menampakkan buncit di bahagian perut tersebut adalah kerana makan tengahari, bukan mengandung.
Isteri kepada Adam Sinclair itu turut memohon doa daripada semua selain meninggalkan pesanan supaya warganet lebih sensitif pada masa akan datang.
Katanya, ucapan sedemikian mungkin boleh menyebabkan individu yang sedang berusaha untuk hamil tersinggung.
“Saya terpaksa memuatnaik semula foto ini kerana komen salah faham anda semua. Saya belum hamil lagi, yang tadi tu perut selepas makan tengahari.
“Terus doakan saya, terima kasih. Dan mungkin boleh elak meninggalkan komen seperti “OMG Congrats!!!” tanpa sebarang pengesahan daripada tuan punya foto.
“Kerana ia mungkin sensitif untuk individu yang sedang mencuba untuk mendapatkan anak, sedang merancang atau tidak merancang untuk menimang cahaya mata.
“Salam sayang dan Ramadan Kareem, semoga kita semua akan menjadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya.
Yuna dan Adam Sinclair berkahwin pada 26 Januari 2018 di Bentong, Pahang.

A post shared by Y U N A (@yuna)

#Kahwin #Anak #Yuna #Hamil #Adam Sinclair #Yunalis Zarai
;