Disangka Mewarnakan Rambut Eshaal, Stacy Dikecam

Syafiqah Jalal
Ogos 16, 2017 04:43 MYT
Penyanyi Stacy Anam, 26, dikecam selepas memuat naik foto bersama anaknya, Eshaal dengan masing-masing berambut ungu dan biru di laman Instagram (IG).
Stacy dikecam pengikut laman sosial tersebut selepas menyangka dia dan anaknya benar-benar mewarnakan rambut sedangkan penyanyi itu sudah memaklumkan foto tersebut telah disunting menggunakan satu aplikasi di telefon bimbitnya.
Berikut merupakan kapsyen yang ditulisnya:
"Morning. Nah x payah sudah kita pi saloon shal.. pakai apps ja..Tapi rambut eshaal x dapat full color sebab belum banyak hahahaha..Xpa la asal ada sikit kan shal hehehe"
Tanpa membaca kapsyen yang ditulis, rata-rata mula mengecam tindakan penyanyi Pelangi Senja itu yang mewarnakan rambutnya termasuk rambut bayinya.
Berikut merupakan komen yang mengecam tindakannya itu:
@andreahaikalhafifi -dah macam dragon ball super saiya blue! maca mana lah akim didik ko ni
@anggunzuhairah- Pewarna rambut tu halal ke tidak. Nanti wuduk dan hadas tidak sah nanti
@dasimasudin- Kulit kepala baby very sensitive. Umurnya tak boleh menerima bahan campuran warna. Tak sesuai warna rambut baby
@kamalsabaruddin- Sembahyang macam mana yer
@anggunzuhairah- Cuma buat kaum hawa. Sayangilah orang yang menyayangi kita dengan aurat di jaga. Jangan jadikan sebab kita mereka masuk neraka..
@sufya.amanda- Astargfirlah..kenapa lah buat rambut macam tu..solat ke tak ni?
Sementara itu, terdapat juga peminat Stacy yang berang dengan tindakan sesetengah netizen yang mengecam tanpa membaca kapsyen yang ditulis penyanyi tersebut.
#Penyanyi #Akim Ahmad #Stacy #Penyanyi #Stacy Anam