Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Disangka OKU, Lelaki Sanggup Berlakon Kurang Upaya Untuk Raih Simpati Bila Berniaga

Firdaus
01/10/2024 15:25 MYT
Isu penipuan dalam kalangan peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia.

Berlakon OKU

Terkini, seorang lelaki dikatakan menipu dengan menggunakan kerusi roda dan mendakwa dirinya kurang upaya bagi meraih simpati orang ramai dalam perniagaan yang dijalankan.

Apa yang lebih menyakitkan hati, dalam klip singkat yang dikongsi di media sosial, turut dapat dilihat lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang penyakit dan berdiri seperti biasa untuk memasukkan kerusi rodanya ke dalam kereta.

Netizen Bengang

Posting itu meraih reaksi negatif oleh pengguna di Platform X di mana rata-rata warganet meluahkan rasa marah dengan tindakan individu berkenaan.

"Nanti betul-betul Tuhan bagi merasa jadi OKU baru nak menyesal. Benda macam ni pun boleh buat main...

"Orang macam ni memang aku doa kau OKU betul-betul baru tahu langit tinggi rendah. Orang OKU kalau boleh nak normal boleh bekerja, kau sedap-sedap je,"

"Kalau nampak ni aku pergi minta balik duit aku, tak kira lah nak kata buruk siku sekalipun."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih 700,000 tontonan di Platform X.

Sumber: X
#Viral #Tipu #Scam #OKU #Sedekah #Niaga
;