Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Disaran Berkahwin Dengan Balu Anggota Seventeen, Ini Respon Ifan... Pedas!

Kamaruddin Razal 20/02/2019 | 00:26 MYT
Vokalis kumpulan Seventeen, Riefan Fajarsyah atau Ifan memberi respon pedas apabila netizen mencadangkan dirinya mengahwini balu-balu anggota kumpulan Seventeen yang terkorban dalam tragedi tsunami di Selat Sunda hujung tahun lalu.
Ifan merupakan satu-satunya anggota kumpulan Seventeen yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang (Herman) dan Muhammad Awal Purbani (Bani) serta pemain dram, Windu Andi Darmawan (Andi) disahkan terkorban dalam tragedi itu.
Isteri Ifan, Dylan Sahara juga meninggal dunia dalam nahas yang terjadi pada 22 Disember lalu.
Terdapat segelintir netizen yang mencadangkan agar Ifan berkahwin dengan balu kepada Herman, Juliana Moechtar dan balu kepada Bani, Cindri Wahyuni.
Tidak bersetuju dengan saranan terbabit, Ifan memberikan respon terhadap cadangan itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, lagu tribute untuk anggota Seventeen nyanyian Ifan yang berkolaborasi bersama kumpulan Armada, Demi Tuhan Aku Ikhlas kini meraih sebanyak 6.6 juta tontonan di laman YouTube selepas enam hari dimuat naik.
#Ifan Seventeen
;