Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril terpaksa akur anaknya, Aezriel tidak sesuai untuk dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak atau rumah pengasuh.

Menurut Dr. Say, bayinya yang baru berusia dua bulan itu mengalami masalah jangkitan paru-paru yang agak kronik selepas dihantar ke rumah pengasuh.

Anaknya yang sedang ditahan selama lapan hari di hospital itu terpaksa berjuang dengan penyakitnya sehingga hampir perlu diberikan bantuan pernafasan.

Melihat keadaan anaknya itu, Dr. Say dan isteri Dr. Azura Abas membuat keputusan untuk menjaga anak mereka sendiri.

“Perjalanan Bukan Selalunya Seperti Perancangan

“Seperti yang sedia maklum, baby saya Aezriel masuk hari ke-8 warded di Hospital Serdang akibat jangkitan paru-paru.

“Disebabkan apa yang berlaku kepada Ace & atas nasihat pakar kanak-kanak, saya dan bini decide yang its best untuk kami jaga baby sendiri.

“Bukan saya salahkan daycare malah saya pejuang tegar daycare because honestly saya lagi prefer hantar Ace ke situ sebab interaction & education di daycare lebih tiptop daripada apa saya & bini boleh berikan kepada dia.

“Namun pakar menasihati agar at least jaga Ace sendiri sehingga 6 bulan cause mengikut pengalaman mereka budak berumur bawah 6 bulan, boy & bam bam lebih mudah terkena jangkitan paru-paru ditambah sekiranya ada keturunan asthma/resdung/eczema ia akan menerukkan lagi keadaan & ternyata tepat kata-kata pakar kerana pada hari ke-3 admission kesihatan Ace merudum teruk sehingga dia hampir diberikan bantuan pernafasan akibat paru-parunya menjadi terlalu sempit (bronchospasm).

“Lepas kejadian itu bini terus bertekad untuk quit & saya tidak teragak-agak terima keputusannya. Mesti anda pikiaq "apadaa sebelum ni cakap lain, sekarang cakap lain" tapi sekiranya anda berada di tempat kami & melihat anak anda tercungap-cungap gasping for air sehinggakan badannya terlalu lemah untuk bernafas & melihat segala tiub ini dipasang padanya, you would do anything just to see him well again.

“Sepanjang hidup, tak pernah air mata saya mengalir sebanyak haritu maka kami ambil musibah ini sebagai satu petanda yang its time for us to care for our own baby until he is big enough,” tulisnya.

Dr. Say berkongsi luahan rasanya di akaun Instagram miliknya

Menerusi perkongsian tersebut dia turut memuat naik foto keadaan anaknya di hospital.

Rata-rata turut bersimpati dengan keadaan anaknya itu malah mereka turut memberikan kata-kata semangat.

Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu.

Topik : Perjalanan Bukan Selalunya Seperti Perancangan . Spt yg sedia maklum, baby sy Aezriel masuk hari ke-8 warded di Hospital Serdang akibat jangkitan paru2. Disebabkan ape yg berlaku kpd Ace & atas nasihat pakar kanak2, sy & bini decide yg its best tuk kami jaga baby sendiri. Bukan sy salahkan daycare malah sy pejuang tegar daycare cz honestly sy lg prefer hantar Ace ke situ sb interaction & education di daycare lebih tiptop drpd ape sy & bini boleh berikan kpd dia. . Namun pakar menasihati agar at least jaga Ace sendiri sehingga 6 bulan cz mengikut pengalaman mrk budak berumur bwh 6 bulan, boy & bam bam lebih mudah terkena jangkitan paru2 ditambah sekiranya ada keturunan asthma/ resdung/ eczema ia akan menerukkan lg keadaan & ternyata tepat kata2 pakar krn pd hari ke-3 admission kesihatan Ace merudum teruk sehingga dia hampir diberikan bantuan pernafasan akibat paru2ny menjadi terlalu sempit (bronchospasm). . Lepas kejadian itu bini terus bertekad untuk quit & sy tidak teragak2 terima keputusannya. Mesti anda pikiaq "apadaa sblum ni ckp lain, skang ckp lain" tp sekiranya anda berada di tempat kami & melihat anak anda tercungap2 gasping for air sehinggakan badannya terlalu lemah untuk bernafas & melihat segala tiub ini dipasang padanya, u would do anything just to see him well again. Spnjng hidup, xpnah air mata sy mengalir sbnyk haritu maka kami ambil musibah ini sbgi satu petanda yg its time for us to care for our own baby until he is big enough.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on