Penantian peminat untuk melihat filem terbaru BoBoiBoy Movie 3 berakhir apabila pihak Monsta mendedahkan tarikh tayangan tersebut.

Perkara itu diumumkan menerusi satu posting terbaru di Instagram rasmi mereka.

Menurut Pengawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak berkata, 2021 merupakan ulang tahun BoBoiBoy yang ke-10.

“Kami mempunyai plan yang besar untuk BoBoiBoy tapi ia terpaksa ditangguhkan kerana COVID-19.

“BoBoiBoy Movie 3 akan ditayangkan pada 2022,” katanya.

Pengumuman itu nampak gayanya telah mengejutkan ramai peminat.

Menerusi ruang komen di posting berkenaan, rata-ratanya mahukan supaya filem tersebut diawalkan.

BoBoiBoy Movie 3 akan menemui peminat pada 2022! . #BoBoiBoy #Monsta2020 #AniMY

A post shared by Monsta (@monsta.official) on

Dalam pada itu juga pihak Monsta turut mengumumkan sebuah lagi karya terbarunya iaitu Mechamato bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

“Mechamato menggabungkan elemen tradisional dan teknologi di dalam filem animasi pertamanya pada tahun 2021 nanti,” kata pengendali akaun tersebut.

Untuk rekod BoboiBoy Movie 2 yang ditayangkan pada 8 Ogos tahun lalu berjaya mencatat kutipan sebanyak RM30 juta.

Filem yang menelan kos produksi sebanyak RM7 juta itu diarahkan oleh Nizam.