Pelakon Uyaina Arshad, 28, mendedahkan dia pandai membonceng basikal.

Uyaina menjelaskan selepas rata-rata penonton drama Perempuan Tanpa Dosa berfikiran dia tidak pandai membonceng kerana hampir keseluruhan babak dia hanya menolak basikal.

"Saya memang boleh bawa tu yang produksi bagi bawa basikal.

"Orang nampak saya asyik tolak basikal sebab shot. Contohnya Usu pergi ke kedai Kak Habsah (Azza Elite).

"Dia akan turun dan tolak. Bila cutting dalam drama tak akan mereka nak ambil bahagian yang Usu jalan lama tu.

"Itu yang mereka ambil Usu tolak basikal. Disebabkan itu, ramai fikir Usu tak pandai bawa basikal," katanya ketika dihubungi Gempak.

Sementara itu, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad menyatakan dia akan menonton semula drama lakonannya untuk diperbaiki.

"Saya akan tengok lakonan saya semula untuk memperbaiki balik. Macam drama ni ramai yang merungut kening asyik berkerut.

"Memang betul apa yang mereka cakap. Saya betulkan dan boleh nampak perubahan dalam episod yang hujung-hujung," katanya lagi.

Watak Usu Sakinah mula dibenci peminat selepas dia yang pada mulanya ditampilkan sebagai wanita kampung yang sopan dan pasrah kekasihnya menikah lain berubah menjadi seorang pendendam dan mula memasang strategi untuk menjadi isteri kedua kekasihnya.

Plot twist yang dibuat dalam naskhah ini terutama pada watak Usu Sakinah membuatkan nama Uyaina disebut ramai.

BACA: Usu Sakinah Buat Uyaina Arshad Terima Mesej Ancaman - "Ada Nak Santau, Pijak & Cungkil Mata"

Drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain, Azza Elite dan ramai lagi.

Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal (Kamal Adli) dan Lily (Uqasha Senrose) akibat permintaan orang tua.