Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Disebabkan Tik Tok, Lelaki Bisu Ini Dipertemukan Semula Dengan Keluarganya Selepas Terpisah Selama...

Hanafis Haris
01/06/2020 13:22 MYT
Sebut saja tentang aplikasi Tik Tok mungkin ada yang berpandangan negatif.

Namun, bukan semua itu memberikan kesan negatif semata-mata dan ia terbukti apabila aplikasi itu menemukan dua insan yang terpisah lama.

Menerusi laporan BBC, Tik Tok telah menyatukan semula seorang lelaki dengan keluarganya selepas terpisah selama dua tahun.

Kisah berkenaan berlaku selepas keluarga R Venkateshwarlu menonton video dimuat naik oleh Konstabel Polis Punjab, Ajaib Singh di akaun Tik Tok.

Video dimuat naik berkenaan Ajaib Singh mengagihkan makanan kepada pekerja asing dan golongan miskin yang duduk bawah jejantas di Ludhiana.

Namun apa yang menariknya penerima bantuan tersebut adalah Venkateshwarlu.

Rakan anaknya yang kebetulan menonton video berkenaan memaklumkan keluarga Venkateshwarlu sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Menurut laporan berkenaan, Venkateshwarlu dikatakan mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.

Akibat daripada masalah itu dia terpisah dengan keluarga selepas tertidur sewaktu menaiki trak untuk ke tempat kerja dari Telangana ke kampung lain, pada April 2018.

Sumber : BBC

#India #TikTok #Terpisah
;