Diserang Alahan & Asma Teruk Selepas Dos Pertama? Watak ‘Jin” Amerul Affendi Terpaksa Digantikan! - “Saya Tunggu Vaksin Paling Sesuai”
Malang buat pelakon Amerul Affendi apabila dia mengalami alahan teruk selain penyakit asmanya kembali kembali selepas menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNtech Julai lalu.
Menurut Amerul, dia tidak menyangka simptom yang diterima agak teruk berbanding individu lain.
"Saya berdepan masalah kesihatan selepas menerima suntikan vaksin. Simptom yang saya dapat agak teruk untuk suntikan pertama.
"Saya alami alahan, ruam naik seluruh badan dan sehingga ke hari ini saya alami lelah.
“Saya tak bernasib baik dengan vaksin,” katanya.
Jelas Amerul lagi, penyakit asma dan alahan kepada makanan laut sepatutnya sudah hilang sejak usianya 14 tahun.
"Sebenarnya saya memang ada penyakit asma waktu kecil. Tapi hilang selepas umur saya 14 tahun.
“Saya pun ada alahan makanan laut tapi juga dah hilang bersama dengan lelah.
"Tapi selepas vaksin, alahan serta lelah itu kembali. Sekarang ini, pihak hospital kerajaan dalam proses untuk mengenali pasti vaksin yang sesuai untuk badan saya.
"Adakah saya nak ambil risiko sekali lagi itu atas keputusan saya. sebab sekarang masih dalam pemantauan untuk ambil dos kedua atau tukar vaksin," ujarnya.
Tambah Amerul, susulan daripada permasalahan itu, dia juga tidak dapat menamatkan lakonannya dalam sebuah drama terbaru.
“Watak jin atau Abu dalam drama siri Jangan Ganggu Jodohku terpaksa digantikan dengan Aloy Paradoks.
"Disebabkan saya belum lengkap dua dos, produksi terpaksa membuat keputusan tukar pelakon. Sebab itu saya tak dapat teruskan.
“Dapat 10 episod saja,” katanya.
Amerul berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media untuk drama siri arahan pengarah Jamal Khan, semalam.
Drama terbaharu yang turut dibintangi oleh Shaza Bae dan Yusuf Bahrin itu bakal ditayangkan bermula pada Isnin depan di saluran Astro Ria.