,
Hiburan

Diserang Migrain Teruk, Farah Asyikin Masuk Hospital

Asraf Aided
15/09/2018
09:01 MYT
Penyanyi dan bekas peserta Gema Gegar Vaganza 2018, Farah Asyikin dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu akibat diserang migrain yang serius.
Menerusi ruangan Instagram Story, Farah menceritakan detik dia diserang penyakit itu ketika berada di sebuah majlis bertempat di Menara Felda, Kuala Lumpur.
"Apa yang berlaku terhadap saya ini memang tak diduga, saya tiba-tiba diserang migrain yang teruk ketika saya mengadakan 'talk' di Menara Felda.
"Saya hanya berjaya menghabiskan sesi pertama, alangkah baiknya kalau saya mampu menghabiskannya sehingga ke penghujung majlis kerana topik yang dibincangkan itu sangat menarik," tulisnya.
Selain itu, penyanyi ini turut berterima kasih kepada pihak Felda yang bertungkus lumus membantu dan membawanya ke hospital berhampiran.
Farah juga memaklumkan dia telah dibenarkan keluar dari hospital dan dijaga dengan baik oleh suaminya di rumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Fikir Dah Nak Mati ..." - 8 Tahun Berhijab, Farah Asyikin Dedah Detik Awal Hijrah

gempak
13/02/2020
07:41 MYT
Berita

“Tahniah Ma, You Look So Beautiful”- Ibu Farah Asyikin Selamat Bernikah

gempak
24/02/2019
03:16 MYT
Berita

“Jangan Percaya, Tunggu Hidayah Atau Dapat Hidayah...”- Farah Asyikin Kongsi Kisah Penghijrahan 7 Tahun Lalu

gempak
13/02/2019
02:07 MYT
Hiburan

"Daddy Dia Jumpa Sekali Setahun Tanpa Nafkah Sejak 5 Tahun Lepas" - Farah Asyikin

gempak
31/01/2019
07:07 MYT
Hiburan

"Rasa Macam Hampir Mati Apabila ..." - Dikejarkan Ke Hospital Pukul 3 Pagi, Farah Asyikin Alami Slip Disc

gempak
02/01/2019
04:40 MYT
Unitar