Laman Utama

Diserang Peminat Wanita, Angel Dolla Perjelas Mengenai Hubungan Dengan Nadhir Nasar - “Kami Kenal Sejak Berjumpa Di…”

gempak
Asyikin Mayudin
20/05/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
Diserang Peminat Wanita, Angel Dolla Perjelas Mengenai Hubungan Dengan Nadhir Nasar - “Kami Kenal Sejak Berjumpa Di…”
Gara-gara pernah berbalas emoji di ruang komen di Instagram, anggota kumpulan Dolla, Angel digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Nadhir Nasar.
Bagaimanapun, Angel menafikan dirinya sedang bercinta dengan Nadhir dan menegaskan dia hanya menganggap pelakon drama siri popular Projek : High Council itu sebagai kawan sahaja.
“Kami hanya kawan, berbalas komen di laman sosial tidak bermakna apa-apa. Ia hanyalah tindakan antara kawan. Jujurnya, kami hanya kawan di sosial media. Dan kami juga tidak pernah lepak bersama.
“Kami kenal sejak kami berjumpa di program hiburan MeleTOP, di mana kami menjayakan ‘dance challenge’. Jadi dari situ kami mula mengenali antara satu sama lain.
“Kalau kami jumpa di majlis, kami akan tegur antara sama lain. Dan saya tidak menafikan kami berdua berharap kami akan ada projek bersama, jadi kami dapat menimba pengalaman bekerjasama,” katanya.
Angel dan Nadhir digosipkan bersama selepas dilihat sering berbalas komen di laman sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada peminat masing-masing.
Meskipun hanya berbalas ‘emoji’ di ruang komen, namun peminat teruja melihat kemesraan pelakon dan penyanyi itu.
Dalam pada itu, Angel turut mendedahkan terdapat peminat Nadhir yang menyerangnya namun dia sedikit pun tidak mengambil hati dengan tindakan mereka.
“Ya ada, tapi saya memahami perkara itu kerana sebagai peminat wanita pastinya kita prihatin dengan artis kesayangan kita. Saya faham perasan mereka sebagai peminat. Tapi tidaklah ramai yang menyerang dan saya okay saja,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024