,
Laman Utama

Diserang Penonton Kerana Lakonan Terlalu Jahat, Shiqin Kamal Akui Hampir Depresi

Syafiqah Jalal
09/12/2022
04:00 MYT
Pelakon Shiqin Kamal akui sudah tidak tahan lagi dengan sikap penonton drama di Malaysia yang terlalu menghayati watak jahat yang dibawakan sehingga menyerangnya secara peribadi.
Berkongsi pengalamannya sebelum ini seorang peminat drama Melayu itu betul-betul memarahinya seolah-olah apa yang berlaku di dalam drama berkenaan adalah dirinya di dalam realiti
“Saya rasa sudah tiba saya nak keluar dari bawa watak jahat. Sebenarnya seronok dapat bawa watak jahat ini tapi tak semua orang boleh hargainya.
“Peminat rasa benci sebencinya sehingga mereka bukan sahaja menyerang sosial media saya tetapi apabila berjumpa saya di luar. Mereka marah seolah-olah saya benar-benar orang yang bawa watak itu.
“Malah kata-kata yang mereka berikan itu seperti berunsur cacian hingga menyentuh hal peribadi seperti ‘kau ni perempuan sekian-sekian… (yang tak baik)’
“Malah mereka turut mengkritik wajah dan badan saya yang dikatakan tidak cantik. Mereka body shaming pula,” katanya kepada Astro Gempak.
Kata Shikin perasaan benci peminat drama tidak boleh dikawal sehingga telah membuatkannya hampir depresi.
“Terganggulah sebab kita dah bagi sehabis mungkin dalam lakonan tapi kalau mereka sampai dah sentuh hal peribadi saya rasa ia melampau.
“Saya mungkin sudah jatuh under depression. Orang kata tak payah baca atau dengar apa orang cakap tapi kalau dah hari-hari dapat hinaan begitu kuat macam mana pun mental boleh jatuh juga,” luahnya.
Justeru kini Shiqin memberitahu dia lebih selektif uspaya tidak lagu membawa watak antagonis.
“Saya dah kata dengan pihak pengurusan yang saya tidak mahu lagi terima watak jahat. Cukup lah. Mungkin rehat dahulu.
“Kalau ada pun mungkin saya impi mahu watak aksi atau watak women empowerman macam tu dan bukan sahaja watak jahat seperti perampas dan sebagainya,” ujarnya.
Antara drama-drama yang dilakonkan Shiqin di Astro adalah seperti Dendam Cinta Arissa, Degup Cinta, Cik Ayu Mee Sanggul dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Pelakon dari seberang, Baim Wong tampil berkongsi pengalaman sewaktu di set penggambaraan bersama aktres Anna Jobling menerusi filem pertama arahannya iaitu, Lembayung.
Bollywood

Peminat Persoal Amitabh Bachchan Masih Aktif Berlakon Pada Usia 81: “Ada Masalah?”

gempak
19/08/2024
13:54 MYT
Amitabh Bachchan adalah pesohor Bollywood yang sudah menjadi seniman sejak 50 tahun lalu.
Hiburan

Lama Tak Muncul TV & Tak Rancang Buat ‘Comeback’, Nia Ramadhani Teringin Nak Datang Malaysia

gempak
02/08/2024
00:55 MYT
Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani memaklumkan bahawa tidak mempunyai perancangan untuk kembali berlakon kerana sibuk menguruskan keluarga.
Hiburan

Peminat Mahu Irma Hasmie Kembali Berlakon, Ini Jawapan Empunya Badan – “Saya Masih Aktif Lagi, Cuma…”

gempak
01/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Irma Hasmie memaklumkan dia masih menerima tawaran berlakon namun harus memberi keutamaan kepada keluarganya.
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.