Hiburan
Diskaun Besar-Besaran! Go Shop Rai Ulang Tahun Ke-5 Bersama Lebih 2 Juta Pelanggan
Destinasi membelah-belah atau platform e-dagang popular milik Astro, Go Shop meraikan ulang tahun kelima dengan tawaran eksklusif dan diskaun bermula 28 Oktober hingga 30 November ini.
Ulang tahun tersebut bertujuan untuk meraikan kejayaan lima tahun Go Shop sejak pelancarannya pada tahun 2014.
Kini, Go Shop merupakan platform membeli-belah No 1 di Malaysia termasuklah di Singapura dan Brunei yang menyediakan kos penghantaran percuma di semenanjung Sabah dan Sarawak.
Sejak dilancarkan, Go Shop juga telah menunjukkan peningkatan sehingga mencapai beberapa kejayaan seperti lebih 2 juta pelanggan berdaftar, lebih 6 juta pesanan dan 6.8 juta produk terjual merangkumi peralatan rumah, perkakasan dapur, pakaian dan produk kecantikan.
Malah, aplikasi terbaru Go Shop juga telah mencapai 1 juta muat turun dan laman web Go Shop juga secara puratanya menerima 2 juta pengunjung setiap bulan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Grace Lee, pihak mereka sentiasa mengutamakan pelanggan selain berusaha meningkatkan mutu servis mereka.
“Para pelanggan akan terus menjadi keutamaan kami dan menjadi inspirasi kami untuk terus mencabar diri meningkatkan tahap pendampingan dengan memperkenalkan produk-produk berinovatif, bermanfaat dan program terbaru selain meningkatkan mutu servis.
“Hari ini rakan kongsi Go Shop di Malaysia menyumbang 95% daripada jumlah pendapatan kami. Kami juga mengalu-alukan lebih ramai usahawan tempatan dan muda untuk bekerjasama dengan kami.
“Go Shop juga merupakan destinasi utama untuk pelbagai produk-produk eksklusif Korea menerusi hubungan kukuh yang terjalin dengan rakan kongsi kami di Korea, GS Home Shopping Inc,” jelasnya.
Parti ulang tahun Go Shop ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti antaranya Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datin fouziah Gous, Datuk Sri Aliff Shukri, Datin Sri Nurshahida dan Linda Onn.
Dalam pada itu, Go Shop juga memberikan tawaran yang di luar jangkaan seperti ‘Buy 1 Free 1, Up to 50% OFF and Extra Free Gifts’ untuk pelbagai barangan terlaris seperti peralatan rumah, perkakasan dapur, pakaian berkualiti tinggi dan produk kecantikan.
Selain itu, pelanggan juga akan menikmati diskaun 5% untuk pembelian melalui laman sesawang Go Shop dan aplikasi mudah alih dengan kod promosi: ANNIVERSARY5 hingga 30 November.
Layari www.goshop.com.my dan muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.