Laman Utama
Diskaun Hingga 85%! Korang Tak Patut Lepaskan Peluang Shopping Di Platform SUBPLACE, Ada Lebih 150 Jenama
Kata orang 'shopping is the best therapy'! Ada yang boleh melegakan perasaan dan mengawal tekanan setiap kali membeli-belah. Tapi, terapi akan menjadi lebih berkesan kalau kita dapat membeli-belah dengan diskaun sehingga 85%!
Ya, itulah yang sedang ditawarkan di platform beli-belah e-dagang SUBPLACE sehingga 30 November ini.
Ada lebih 150 jenama popular yang menawarkan potongan harga luar biasa sempena meraikan ulangtahun kedua SUBPLACE sepanjang bulan November ini dalam Bonanza Hari Jadi Kedua SUBPLACE.
Nak tahu apa itu SUBPLACE?
SUBPLACE merupakan platform e-dagang langganan atas talian pertama Asia yang menyediakan rangkaian produk serta servis berasaskan langganan atau berkonsepkan sewaan untuk dimiliki (rent-to-own).
Platform e-dagang ini menyasarkan pengalaman membeli barangan berkualiti tinggi dengan harga yang menjimatkan kepada setiap pelanggan dengan bayaran bulanan yang rendah.
Malah, SUBPLACE turut memberikan peluang kepada pembelian one-off untuk produk terpilih.
Jadi, pelanggan SUBPLACE akan menikmati pengalaman membeli yang mudah dan menjimatkan! Paling penting juga, platform ini menyediakan servis penghantaran ke rumah serta in-store redemption.
Selain menyokong peniaga menjual produk di platform e-dagang, SUBPLACE juga membantu untuk memasarkan perniagaan secara digital.
Hal ini menerusi kerjasama bersama Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) yang menjadi penganjur bersama untuk Malaysia Top E-Commerce Merchant (Top ECM) Awards 2022.
Apakah Malaysia Top ECM Awards?
Malaysia Top ECM Awards merupakan anugerah yang diberikan kepada peniaga e-dagang tempatan yang berjaya, kreatif dan berinovasi.
Pada masa sama, peniaga yang mengambil bahagian mendapat manfaat daripada sudut pendedahan serta peluang untuk memasarkan produk sesama pemain industri.
Pada tahun ini, Top ECM Awards berkolaborasi dengan SUBPLACE sebagai platform e-dagang rasmi.
Sepanjang tiga bulan, pertandingan ini menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM60,000 secara tunai dan hadiah lain.
Kriteria penjurian pula berdasarkan peraduan jualan dalam talian (50%), peraduan strim langsung (25%) serta potensi perniagaan (25%).
Menariknya tahun ini, sebanyak 440 penyertaan telah diterima dan 240 peniaga telah disenarai pendek.
Majlis perasmian Top ECM Awards 2022 telah disempurnakan pada 23 Ogos lalu di Pusat Kreatif Digital Selangor (SDCC). Manakala, acara kemuncak akan berlangsung pada 17 Disember 2022.
Terdapat tiga anugerah utama dalam Top ECM Awards 2022 iaitu:
1) Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards
2) Selangor Onboarding Programme Awards
3) AFFIN BANK Special Awards
a) Rising Star Awards - anugerah khas yang diberikan kepada tiga pemenang yang dipilih berdasarkan potensi perniagaan.
b) AFFINGEM Women Trailblazer Awards - subkategori baharu yang diperkenalkan untuk menggalakkan usahawan wanita.
Paling penting rebut tawaran eksklusif dan istimewa Top ECM di SUBPLACE sebelum 30 November ini dan berikan sokongan anda kepada peserta Top ECM!