Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Diskaun Saman Trafik 80 Peratus Sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia

Azwa Rahman
09/12/2021 00:46 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus, bermula Khamis hingga 12 Dis ini.

"Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di KLCC, kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, selain portal serta aplikasi MyBayar sepanjang tempoh empat hari tersebut," kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun beliau berkata tawaran pengurangan saman itu, tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Baca berita penuh di Astro Awani.


#PDRM #Diskaun Saman #Bayar saman