Laman Utama
"Dislike Nak Sama Dengan Like" - Lagu Raya Aliff Syukri 'Menjadi', Trending #1 YouTube!
Biarpun mendapat kecaman dan sindiran ramai pihak, muzik video lagu raya terbaharu usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Lala Raya trending lagi tahun ini.
Lagu tersebut berjaya mengungguli carta nombor satu video paling trending di platform penstriman video YouTube.
Betah dengan cakap-cakap orang, Aliff Syukri terharu apabila muzik videonya terbukti berjaya.
Advertisement
"Ya Allah masih trending nombor satu di Malaysia dah 6 hari kot.
"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menghargai bakat saya yang selama ini tidak pernah dihargai," tulisnya di Instagram.
Puji netizen, di sebalik strategi pemasaran Aliff Syukri yang berkesan, lagu terbabit juga mendapat sokongan ramai ekoran mesra pendengar.
"Nak tahu rahsia sebab apa trending? Sebab lagu ini sangat best dan memukau telinga pendengar di luar sana. Datuk juga sinonim dengan perkataan artis nombor satu," tulis @iwan_utaraa.
"Walau autotune level max, sangat terhibur dan memang hilang stress dan sedih bila tengok video ini. Ceria je suasana dengan lagu dan muzik sempoi," tambah Heaven 2015 menerusi komen di YouTube.
"Sejujurnya, dapat rasa semulajadinya video ni. Tak da nak cover apa-apa cacat cela. Menghiburkan dalam masa tengah bersedih tak dapat nak rentas daerah," kata Nur Farhain Hashim pula.
Dalam pada itu, masih ada juga yang mempersoalkan jumlah dislike (36,000) muzik video itu yang hampir menyamai jumlah like (53,000).
Sehingga kini, muzik video yang dimuat naik pada 3 Mei lalu sudah ditonton lebih 1.4 juta kali.
Must-Watch Video