Laman Utama
Disney+ Hotstar Kini Di Astro Ultra Box! Crazy Love, Encanto, Moon Knight Semuanya Boleh Ditonton
Astro terus menambah baik pengalaman pelanggan dengan menyepadukan perkhidmatan penstriman global dengan siaran langsung sukan
antarabangsa dan rancangan kegemaran Malaysia dalam satu platform, menjadikannya destinasi hiburan terulung yang tiada tandingan bagi rakyat Malaysia.
Mulai 28 April 2022, para pelanggan boleh menikmati rancangan kegemaran Disney+ Hotstar antaranya Moon Knight (Marvel Studios), drama Korea seperti Crazy Love, Soundtrack #1 dan Going to You at a Speed of 493km, serta siri baru The Kardashians.
Selain itu filem pemenang Anugerah Akademi Encanto, yang memenangi Oscar untuk Filem Animasi Terbaik dan 2/4 filem daripada Pixar, Turning Red yang merupakan tayangan perdana filem nombor satu di Disney+ Hotstar di seluruh dunia setakat ini juga boleh ditonton melalui Ultra Box.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro TV, Euan Smith, berasa gembira dapat meningkatkan akses pelanggan kepada kandungan yang lebih hebat.
“Kami gembira untuk mengalualukan penyertaan Disney+ Hotstar dalam tawaran Ultra Box, untuk meningkatkan akses pelanggan kami kepada kandungan hebat di satu tempat.
“Sebagai platform yang menempatkan pelbagai jenama dan francais yang paling ikonik, Disney+ Hotstar telah menyediakan pengguna di Malaysia denagn pelbagai kandungan asli dan tulen yang tidak berkesudahan dan menarik.
"Ia telah terbukti popular di kalangan pelanggan kami dan boleh diakses dengan mudah pada kotak peranti yang disambungkan di rumah.
“Perkhidmatan penstriman ini melengkapi rangkaian rancangan bahasa tempatan dan juga kandungan serantau Asia, di samping tawaran sukan global tiada tandingan daripada Liga Perdana Inggeris kepada Sukan Asia dan Piala Dunia FIFA 2022.
“Kami berbangga untuk menjadi perkhidmatan penstriman terkumpul No. 1 di Malaysia dengan Astro GO, Disney+ Hotstar, Netflix, TVB Anywhere+, HBO Go dan iQIYI yang kini sudah boleh ditonton serta banyak lagi yang akan datang.
Pelanggan Ultra Box boleh bertukartukar rancangan hit popular tempatan dan tawaran kandungan menarik Disney+ Hotstar dengan mudah.
“Pengalaman serba baharu Astro ini membolehkan pelanggan menonton saluran penstriman kegemaran mereka di Ultra Box, lantas memberikan nilai dan penjimatan 3/4 lebih besar.
“Kemudahan ini memainkan peranan penting dalam meluaskan jangkauan kami, dengan lebih 550,000 kediaman kini dihubungkan menerusi Ultra.
"Pek baru TV kami yang lebih padat, kini disediakan bersama aplikasi penstriman bermula serendah RM60 sebulan, memberikan kemudahan dan nilai kepada pelanggan.
“Kami juga berbesar hati untuk menawarkan produk Astro Fibre (jalur lebar) baharu kami sebagai produk tergabung, untuk terus meningkatkan lagi nilai yang ditawarkan oleh Astro,” jelasnya.
Disney+ Hotstar merupakan platform penstriman khusus untuk cerita-cerita global, serantau dan Malaysia. Ia menghimpunkan filem-filem terkenal Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.
Platform ini juga menyediakan pelbagai tajuk daripada studio Malaysia terpilih dan portfolio kandungan bahasa tempatan yang unik dan berkembang dari Asia Pasifik.
Disney+ Hotstar menawarkan pelbagai jenis program termasuk filem panjang berciri asli, siri aksi langsung dan animasi serta kandungan bentuk pendek dan dokumentari.
Pelanggan sedia ada yang melanggan Pek Movies, Premium 1, Premium 3 dan Platinum akan mempunyai akses kepada Disney+ Hotstar dengan hanya perlu klik pada aplikasi Disney+ Hotstar di laman utama Ultra Box dan pada masa yang sama, memulakan proses log masuk pada skrin melalui tv.hotstar.com pada peranti lain.
Proses yang mudah diikuti ini akan membolehkan pelanggan log masuk dengan nombor mudah alih dan kemudian memasukkan kod unik dari skrin TV mereka.
Pengalaman Astro serba baharu ini direka cipta untuk membolehkan pelanggan menstrimkan semua rancangan kegemaran mereka di satu tempat, dengan antaramuka intuitif sambil menerima hanya satu bil.
Inilah masa paling sesuai untuk mendaftar, dengan pelbagai promosi menarik di www.astro.com.my.
Pelanggan baharu yang mendaftar untuk Pek Platinum dengan kontrak 24 bulan boleh menikmati 60 hari di Astro termasuk akses percuma kepada kandungan Sports Extra selama 24 bulan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pek Platinum, sila klik https://bit.ly/PlatinumPack60DaysOnUs. Sebagai alternatif, pelanggan baharu Movies Pack boleh menikmati pek tersebut selama 30 hari secara percuma.
Untuk butiran lanjut, sila klik bit.ly/MoviesPack30DaysOnUs.
Must-Watch Video