Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Disney+ Hotstar Lebih Berbaloi Dengan Astro! Tambah RM5 Dah Boleh Layan Loki, WandaVision, The Mandalorian & ….

Hanafis Haris
10/05/2021 10:55 MYT

Peminat Marvel, Disney, Star Wars, Pixar mahupun National Geographic pastinya tidak sabar menantikan kemunculan platform striming terbaru, Disney+ Hotstar.

Selepas lama menantikan kehadiran di Malaysia, platform penstriman terbaru ini akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021.

Namun, tahukah jika anda pelanggan Astro khususnya yang melanggan Astro Movie pack, anda hanya perlu menambah RM5 pada bil semasa? Yup hanya RM5!

Hanya tunggu pada 1 Jun ini dan ada secara automatik akan diberi akses Disney+ Hotstar.

Dengan ini anda boleh strim lebih daripada 800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan pada aplikasi Disney+ Hotstar.

Tapi apa bezanya dengan tawaran sedia ada oleh Disney+?

Menerusi langgan biasa, anda perlu membayar sebanyak RM54.90 untuk tempoh tiga bulan berbanding hanya tambahan RM5 untuk pelanggan Astro Movie Pack sedia ada.

Murah bukan?

Menerusi Astro Movies sendiri anda sudah sedia menikmati kandungan hebat dengan pelbagai saluran seperti HBO, Fox Movies, Cinemax.

Jadi, dengan tambahan ini, ia bermakna pelanggan secara mudahnya melayari tiga platform striming iaitu HBO Go, Disney+ Hotstar dan Astro GO!

Apapun jangan lupa Astro ID dan nombor telefon anda. Ini penting untuk proses pendaftaran di Disney+ Hotstar pada 1 Jun ini.

Jangan lepaskan peluang kerana banyak kandungan menarik menanti anda seperti Loki, WandaVision, The Falcon & The Winter Soldier, The Mandalorian dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.

Disney+ Hotstar juga akan menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi.

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang di sini https://product.astro.com.my/apps/disney

atau di sini https://id.astro.com.my/profile




#Astro #DisneyPlusMalaysia #AstroMoviePack #Disney+ #WandaVision