Berita baik buat ibu bapa yang ingin meluangkan masa bersama anak-anak. Bersiaplah untuk pengalaman penuh keajaiban oleh ‘Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play’ yang bakal diadakan di Genting tidak lama lagi.
Menurut penerbit Jonathan Shank dari Terrapin Station Entertainment, persembahan ini telah mendapat sambutan luar biasa di Amerika Syarikat dan United Kingdom dan kini bersedia mencipta kenangan manis bersama peminat di Malaysia pula.
Advertisement
Dengan lima persembahan hebat selama tiga hari berturut-turut, konsert interaktif ini menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan buat para peminat cilik dan seluruh keluarga dengan menampilkan watak-watak kegemaran Disney Jr. secara langsung di atas pentas.

Daripada Mickey Mouse dan Minnie Mouse, sehinggalah kepada Ariel Si Duyung Kecil, SuperKitties, Puppy Dog Pals plus Team Spidey yang akan membawa penonton di alam pengembaraan muzikal yang penuh warna-warni serta aksi menakjubkan.
Antara tarikan utama persembahan ini termasuklah nyanyian dan tarian yang bertenaga, visual 3D yang memukau, serta aksi akrobatik yang mendebarkan.
Semua elemen ini digabungkan bagi mewujudkan pertunjukan langsung yang benar-benar mengasyikkan dan memikat hati penonton dari semua peringkat umur.
Kisahnya bermula apabila Mickey Mouse menganjurkan sesi permainan istimewa di Clubhouse, namun suasana ceria mula terganggu akibat kemunculan cuaca hijau misteri.
Demi menyelamatkan keadaan, Team Spidey tampil mengembalikan kegembiraan!

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan termasuklah Hot Dog (Mickey Mouse Clubhouse), Oopsie Kitty (SuperKitties) dan Do the Spidey (Spidey and His Amazing Friends).
Untuk pembelian tiket, anda boleh ke laman web www.rwgenting.com/www.ticketingtix.com
https://my.bookmyshow.com/en/events/disney-jr-live-on-tour-lets-play/DISNEYJR
https://www.ticketingtix.com/events/DISNEYJRLIVE25
Untuk maklumat lanjut layari Instagram, Facebook, TikTok dan via **#DisneyJrTour**
Berikut merupakan tarikh persembahan Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!:
Hari: Jumaat-Isnin, 29 August hingga 1 September 2025
Lokasi: Arena of Stars, Resorts World Genting
Waktu:
#Jumaat, 29 Ogos: 7:30 malam
#Sabtu, 30 Ogos: 11:00 pagi, 2:30 petang dan 6:00 petang
#Ahad, 31 Ogos: 6:00 petang