Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Disney Pilih Hael Husaini Nyanyi Lagu Tema Aladdin Versi Bahasa Malaysia

Hanafis Haris
10/05/2019 10:14 MYT
Komposer dan penyanyi, Hael Husaini mengumumkan dirinya akan berkolaborasi bersama Disney bersempena dengan kemunculan filem Aladdin yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menerusi entri di Instagram miliknya, kolaborasi itu bakal menampilkan runut bunyi filem Aladdin bertajuk 'A Whole New World' yang akan dialih kepada bahasa Malaysia.

"Ramadan ini sungguh istimewa. Saya akan berkolaborasi bersama Disney untuk lagu A Whole New World (Dunia Baru) dan akan berduet bersama Shila Amzah sempena filem Aladdin pada 23 Mei ini.

"Tak sabar untuk anda semua mendengar lagu ini," katanya.

Untuk pengetahuan anda, lagu tema Aladdin 2019 'A Whole New World' ini akan dinyanyikan oleh Zayn Malik dan Zhavia Ward.

Lagu ikonik ini diterbitkan pada 1992 dan penyanyi asalnya ialah Brad Kane dan Lea Salonga.

This Ramadan is so special. I will be collaborating with Disney to release a BM version of A Whole New World (Dunia Baru) with @shahilaamzah in conjunction with the opening of Aladdin on 23 May. I can’t wait for the song to hit the airwaves for all of you to hear it! . #AladdinMY #DuniaBaruAladdin #HaelHusaini

A post shared by HARI INI - New Single (@haelhusaini) on

#Disney #Hael #Aladdin