Disoal Siasat Nak Masuk Kampus, Pelajar Ini Pertikai Bidang Kuasa Pengawal Keselamatan - “Dah Postgrad Pun Kena Soal Macam Kena Tangkap Khalwat”
Umirah Halim
13/02/2024 01:09 MYT
13/02/2024 01:09 MYT
Sebuah video yang memaparkan seorang pelajar disoal siasat oleh seorang pengawal keselamatan sebuah institusi awam di Malaysia tular baru-baru ini.
Difahamkan pelajar tersebut pulang ke kampus lewat sehingga melebihi curfew universiti tersebut.
Namun, apa yang menjadi isu adalah apabila pengawal keselamatan tersebut bertindak meminta pelajar tersebut menunjukkan bukti bagi menunjukkan bahawa dia benar bertolak dari kampung. “Kenapa waktu sekarang baru nak balik? Bertolak lambat kenapa? Bukti awak balik Alor Setar?,” soal pengawal tersebut.
“Kami daripada Alor Setar, balik kampung, kami bertolak lepas maghrib, bertolak lambat sebab saya ada urusan keluarga, saya tiada bukti tol ke apa sebab saya pakai Touch n Go je tadi,” jawab pelajar tersebut.
Berang kerana disoal sebegitu, pelajar tersebut bertindak memuat naik rakaman video dia disoal siasat dan tampil mempertikaikan bidang kuasa pengawal tersebut.
“Soalan: Apa bidangkuasa Osem (Office of Security Management) untuk menghalang pelajar memasuki kawasan universiti meskipun dokumen dah diberikan? Seolah ianya budi bicara.
“Balik kampung je. Dah postgrad pun kena soal macam JAIS tangkap khalwat lol,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata netizen di komen turut mempersoalkan tindakan pengawal itu yang seolah-olah tiada budi bicara kerana melayan pelajar universiti tersebut seperti pelajar asrama.
“Dia ingat ni asrama ke nak mintak kebenaran nak balik. Lol”
“Cara bertanya pun kurang ajar. Entah kenapa nak lebih-lebih tanya itu ini. Suka hati orang lah nak balik mna, atas urusan apa.
“Mak guard terpaling stress ikut procedures tapi adab dalam tong sampah. Biasa dah,” tulis beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah mendapat sebanyak 1.7 juta tontonan di platform X.
Difahamkan pelajar tersebut pulang ke kampus lewat sehingga melebihi curfew universiti tersebut.
Namun, apa yang menjadi isu adalah apabila pengawal keselamatan tersebut bertindak meminta pelajar tersebut menunjukkan bukti bagi menunjukkan bahawa dia benar bertolak dari kampung.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami daripada Alor Setar, balik kampung, kami bertolak lepas maghrib, bertolak lambat sebab saya ada urusan keluarga, saya tiada bukti tol ke apa sebab saya pakai Touch n Go je tadi,” jawab pelajar tersebut.
Berang kerana disoal sebegitu, pelajar tersebut bertindak memuat naik rakaman video dia disoal siasat dan tampil mempertikaikan bidang kuasa pengawal tersebut.
“Soalan: Apa bidangkuasa Osem (Office of Security Management) untuk menghalang pelajar memasuki kawasan universiti meskipun dokumen dah diberikan? Seolah ianya budi bicara.
“Balik kampung je. Dah postgrad pun kena soal macam JAIS tangkap khalwat lol,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.
Berita Trending: Netizen Jijik Lihat Orang Awam Beramah Mesra Bersama Hot Daddy - “Dengan Pegang Anak,…