Pelakon cantik, Eyka Farhana memilih untuk tidak lagi berkongsi mengenai dirinya dan kekasih, Akhyar Rashid.

Eyka berkata, hubungannya dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu bukan lagi rahsia.

Bagaimanapun, Eyka lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan hubungan mereka.

“Tak payahlah cerita tentang hal ini kerana rasanya semua orang dah tahu tentang hubungan kami. Kami masih berkawan seperti biasa.

“Dalam media sosial pun kalau saya rasa nak tunjuk, saya akan tunjuk. Saya lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol,” katanya.

Tambahan lagi kata Eyka, buat masa ini masing-masing masih lagi ada impian yang hendak dikejar demi cita-cita masa hadapan.

“Masing-masing dalam fasa mengejar impian dan saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Ditanya mengenai ramai selebriti memilih untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda, Eyka tidak menolak sekiranya takdir menentukan dia bertemu jodoh.

“Buat masa ini saya belum terfikir untuk ke fasa itu (berkahwin) kerana mahu fokus dengan karier saya dahulu.

“Tetapi jika sudah ditakdirkan jodoh sampai awal, saya tidak menolak. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Kepada para peminat Eyka Farhana jangan lupa saksikan lakonan mantap aktres ini di dalam drama bersiri Astro Originals, Dukun Diva.

Eyka Farhana membawa watak sebagai Lola, seorang gadis tomboy dan berhati kering yang tinggal bersama ibu saudaranya selepas menjadi yatim piatu.

Peminat-peminat Eyka juga boleh mendapatkan merchandise lilin beraroma, Lampu Cherita karakter Lola tau!

Bukan Lola sahaja, karakter Che Yah dan Datin Dd pun ada. Setiap karakter, harumannya berbeza-beza!

Khas untuk pelanggan Astro, boleh nikmati diskaun 10% untuk lilin beraroma dari Lampu Cherita (https://rewards.astro.com.my/details/Lampucheritadec2021) dan diskaun RM10 untuk pembelian melebihi RM50 untuk coklat dari Love 18c (https://rewards.astro.com.my/details/Love18cdec2021).

Jangan lupa tonton Dukun Diva setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Citra ya!