Disuruh Percepat Tarikh & Kahwin Di Pejabat Agama? Ainul Aishah Tak Sanggup! - "Hari Paling Sedih Sekiranya Saya….”
Zulaikha Yusof
14/06/2021 01:17 MYT
14/06/2021 01:17 MYT
Selepas mengikat tali pertunangan pada Mac lalu, pelakon Ainul Aishah, 36, mendedahkan ada segelintir individu yang menyuruh dirinya dan tunang, Khairul Redzuan mempercepatkan majlis perkahwinan.
Bagaimanapun, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun enggan menuruti kerana dia menginginkan majlis serba sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan.
Malah, dia faham dengan keadaan pandemik Covid-19 yang masih berada di tahap yang membimbangkan.
"Ya saya bertunang dan sukar merancang perkahwinan semasa Covid seperti orang lain tapi saya okey. Beberapa orang minta saya berkahwin tanpa mengadakan majlis kerana mereka mengatakan yang penting adalah 'dah nikah dulu'.
"Mereka tidak memahami apa yang saya mahukan sebagai pengantin perempuan dan dengan menjadi diri saya. Saya seorang gadis yang sentimental. Saya menghargai setiap detik.
"Apa yang saya mahukan adalah majlis nikah dan resepsi yang sederhana untuk keluarga rapat dan rakan bagi meraikan hari penting dalam hidup saya, bersama-sama dengan saya.
"Bukan di pejabat agama tanpa resepsi dan orang penting di sebelah saya. Itu akan jadi hari paling sedih dalam hidup saya sekiranya saya perlu melakukan," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon drama Semerah Cinta Humairah menegaskan dia akan menunggu hingga tiba hari yang sesuai untuk adakan majlis bagi merealisasikan segala impiannya.
"Sorry not sorry. Vibes adalah segalanya bagi saya dan saya tidak boleh menerangkannya lebih lanjut di sini. Jika anda tahu, anda tahu.
"Dan yang paling penting, ini adalah sesuatu yang perlu diingati serta diingat semula ketika saya berumur. Bukan untuk orang yang menyuruh saya untuk berkahwin cepat. Ini bukan kenangan mereka, ini kepunyaan saya.
"Jadi ingatlah, saya tidak akan dengar dari siapa pun tentang hari yang sangat penting dan saya boleh tunggu hari itu," tulisnya lagi.
Terdahulu, Ainul bertunang dengan seorang ahli perniagaan setelah empat tahun bercinta.
Pasangan ini merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan sekitar hujung tahun ini antara bulan Oktober sehingga Disember.