Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Disyaki Dera Kanak-Kanak Sampai ‘Berlubang’ Bahagian Belakang, Ibu & Wanita Berimej ‘Tomboy’ Diberkas Polis

Izwan Isa
13/08/2023 01:50 MYT
Polis menahan seorang wanita warga tempatan dan wanita warga asing pada tengah malam Sabtu, bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah di kawasan Perumahan Layangkasa, Pasir Gudang, Johor Bahru pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita warga tempatan berusia 27 tahun yang juga merupakan ibu mangsa dan wanita warga asing berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Seri Alam, sekitar jam 12.30 tengah malam Jumaat.

Menurutnya, pihak polis turut merampas dua batang rotan ketika menahan kedua-dua suspek berkenaan.

“Hasil siasatan, pihak polis mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua puluh tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, ibu mangsa yang juga seorang suri rumah kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 KPJ selama enam hari mulai 12 Ogos hingga 17 Ogos.

Selain itu, tambahnya, wanita warga asing yang bekerja sebagai juruteknik kilang dan tinggal bersama di rumah berkenaan pula ditahan selama tujuh hari mulai 12 Ogos hingga 18 Ogos 2023 untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Mangsa kini telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru untuk rawatan lanjut.
Sebelum itu, dua klip video yang masing-masing berdurasi 24 saat dan 32 saat di muat naik di platform X Cikgu Suraya pada 6.02 petang pada Sabtu.

Dalam video terbabit memaparkan beberapa individu dipercayai jiran-jiran di kawasan perumahan berkenaan berkumpul di hadapan rumah meminta agar kanak-kanak lelaki berkenaan dibawa keluar.

Individu yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu bersama rakannya, seorang wanita berimej ‘tomboy’ dilihat merayu supaya mangsa tidak dibawa pergi.

Video seterusnya berdurasi 32 saat pula memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami beberapa luka di bahagian belakang badan dipercayai akibat didera.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Dakwa Diri Jadi Mangsa Dera Majikan, Rupa-Rupanya ‘Maid’ Indonesia Kantoi Curi Duit RM10,850 - “Suspek Berusia 31 Tahun Itu…”​

#Dera #Kanak-Kanak
;