,
Laman Utama

Disyaki Rogol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman Lima Hari

Shahrin Zulkifle
19/07/2022
08:30 MYT
Seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada Sabtu, jam 11.15 malam.
Menurutnya Sasikala, sehingga kini, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, manakala satu di Kuala Lumpur dan selebihnya di Perak melibatkan pengadu yang sama.
"Hasil siasatan awal mendapati, pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.
"Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Tambah Sasikala lagi, sepasukan Pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor telah menahan suspek pada jam 4.50 petang.
"Suspek telah direman selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Viral

Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”

gempak
21/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi caranya menguruskan diri apabila suaminya, Alif Teega tiada di rumah.
BorakSeeni