Penyanyi Singapura, Hady Mirza didakwa telah ditangkap atas kesalahan yang disyaki berkaitan dadah baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar The New Paper, terdapat sumber yang mendakwa juara Singapore Idol musim kedua itu dilihat di Kompleks Penjara Changi, Singapura sekitar sebulan lalu.

Namun begitu, keadaan sebenar berkaitan penangkapannya masih tidak jelas dan percubaan menghubungi Hady atau nama sebenarnya Muhammad Mirzahady Amir, tidak berjaya.


Hady dikatakan pernah menjadi pemandu Grab di Singapura dan dia juga pernah mengusahakan perniagaan tempe yang dijual di bawah nama Tempting Trading.

Namun, satu carian perniagaan menunjukkan bahawa lesen syarikat tersebut dibatalkan setelah pendaftaran perniagaannya tidak diperbaharui Mei lalu.

Hady yang popular menerusi lagu Berserah itu pernah merangkul gelaran Asian Idol pada tahun 2007 menewaskan penenang-pemenang program realiti nyanyian 'Idol' di sekitar Asia, termasuklah Jaclyn Victor.

Teks: Kamaruddin Razal
Sumber: BeritaHarian.sg
Foto: TheUrbanWire