Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Ditanya Mahu Berkahwin Lagi? Ini Respon Bunga Citra Lestari

Asraf Aided 22/12/2020 | 06:21 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) masih bersedih dengan pemergian arwah suaminya, Ashraf Sinclair Februari lalu.
Memetik laporan Kompas, BCL juga mengatakan juga mengatakan dia tidak mempunyai hasrat untuk mencari pengganti sehingga sekarang.
Perkara itu diketahui apabila BCL menjawab soalan produser muzik Maia Estianty yang bertanya sama ada dia mahu berkahwin kali kedua.
"Kamu ada keinginan untuk bernikah lagi?" tanya Maia.
"Sampai sekarang," jawab BCL ringkas lantas tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
Perbualan itu dapat disaksikan menerusi video di saluran YouToube Maia Aleldul TV yang dimuat naik dua hari lalu.
Difahamkan, BCL masih berduka dan sentiasa mengenang pemergian Ashraf, namun dia sudah perlahan-lahan kembali kuat meneruskan kehidupan.
Terdahulu, Allahyarham Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Pemergian secara mengejut itu adalah disebabkan oleh serangan jantung.
Sumber : kompas.com
#Bunga Citra Lestari #BCL
;