Ditanya Tentang Diana Nasimuddin, Ini Respon Mas Khan

Asraf Aided
Februari 19, 2021 02:50 MYT
Sejak tahun lalu, pelakon Mas Khan kelihatan berkawan rapat dengan usahawan Diana Nasimuddin.
Hasil tinjauan Gempak, Mas dan Diana pernah berkongsi gambar mereka beberapa kali di akaun Instagram masing-masing.
Walaubagaimanapun, Mas masih belum mahu mengulas tentang hubungannya bersama usahawan berprofil tinggi itu apabila Gempak menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan.
"It's okay, lain kali okay?" kata Mas ketika dihubungi Gempak menerusi WhatsApp.
Diana adalah salah seorang anak perempuan ahli perniagaan automotif terkenal, Allahyarham Tan Sri Datuk Sri Utama Sheikh Mohammad Nasimuddin Kamal.
Selagi tuan punya badan sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, maka lebih elok jika orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai Mas dan Diana.
#Mas Khan #Diana Nasimuddin