Laman Utama

Ditegur Cara Promosi YouTube Ini Respon Menteri Agama- “Malu Nak Cakap Macam Tu”

gempak
Mya Amri
03/11/2020
03:18 MYT
Sponsor Banner
Ditegur Cara Promosi YouTube Ini Respon Menteri Agama- “Malu Nak Cakap Macam Tu”
Keperibadian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri sememangnya sangat disenangi umum.
Selain itu beliau juga merupakan antara menteri yang aktif di media sosial tidak kiralah sama ada Facebook, Instagram mahupun Twitter.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu selain sering membalas komen pengikutnya di media sosial.
Begitu jugalah yang terjadi apabila Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri mendapat perhatian ramai selepas membalas respon salah seorang pengikut laman Twitternya semalam (2 November 2020).
Pengikut yang menggunakan nama id @SyedMuzammil_ telah memberikan komen kepada Datuk Dr Zulkifli dengan nada bergurau mengenai cara beliau mempromosikan saluran YouTube miliknya.
“Bukan macam tu Datuk..macam ini..
Hi guys! Welcome to my youtube channel!" cuma bagi salam dulu lah Datuk,” tulis @SyedMuzzammil_ .
Bagaimanapun, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu kemudiannya membalas ciapan tersebut dengan jawapan paling comel.
“Malu nak cakap macam tu. Hehe,” coret beliau.
Ternyata kiriman balas Datuk Dr Zulkifli itu mencuit hati pengikutnya yang rata-rata menyifatkan beliau sebagai seorang yang sangat sporting.
Sehingga artikel ini ditulis, tweet beliau itu diulang ciap lebih 1000 kali dan menerima lebih 4,500 tanda suka di platform Twitter.
Sedikit info, Datuk Dr Zulkifli dilantik oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Kabinet Malaysia 2020 pada 9 Mac lalu.
Beliau mencatat sejarah sebagai Mufti pertama dilantik sebagai menteri dalam Kabinet yang menjaga portfolio hal ehwal agama Islam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024