Laman Utama

Ditegur Fasal Lesen MBSJ, Mila Jirin; "Pernah Fikir Dalam Otak Tak Nak Bayar Premis Tutup Tak Boleh Berniaga?"

gempak
Amri Hassan
05/10/2021
22:50 MYT
Sponsor Banner
Ditegur Fasal Lesen MBSJ, Mila Jirin; "Pernah Fikir Dalam Otak Tak Nak Bayar Premis Tutup Tak Boleh Berniaga?"
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin berang apabila muncul seorang individu memintanya membayar kos lesen kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) untuk premis perniagaannya.
Gesa individu berkenaan lagi agar Mila segera menjelaskan tuntutan wajib terlebih dahulu agar memudahkan urusan pada masa akan datang.
"Mohon lesen dulu untuk tempat awak itu. Sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan sudah diberikan notis, saman sikit pun awak tak layan. Buat yang wajib dahulu, senang kerja awak nanti," tulis individu terbabit.
Hal berkenaan menyebabkan bekas peserta Akademi Fantasia 5 itu tampil bersuara dan menjelaskan situasi sebenar.
"Dalam tempoh setahun berapa kali saya perlu bayar kos lesen? Awak bekerja di PBT (pihak berkuasa tempatan) sepatutnya bertanya khabar usahawan yang sudah lebih setahun tidak berniaga, bukannya suruh terus bayar.
"Kos lesen setahun hampir RM10,000 dan premis diarahkan tutup!" tulisnya dalam satu hantaran Instagram.
Tegas Mila lagi, dia sudah membayar kos lesen yang dijangka akan tamat tempoh pada Mac 2022.
"Awak tulis secara umum menggambarkan saya tidak membayar kos lesen. Saya sudah membayar RM9,490 dan tamat tempoh pada Mac 2022 itu untuk apa?
"Sekarang tahun 2021 atau sudah masuk 2022? Lesen sekarang perlu bayar dua kali setahun?
"Pernah fikir dalam otak tak, kesukaran hendak bayar dengan premis yang tutup tidak boleh berniaga. Awak mungkin tak rasa sebab setiap bulan bergaji.
"Apa hal awak pulak nak bersimpati dengan masalah kami kan? Yang penting saman sebab lewat atau tidak bayar.
"Peniaga nak bungkus, tutup atau mati ker bukan urusan awak," ujarnya.
Sehubungan itu, Mila akan membawa isu berkenaan kepada pihak MBSJ untuk tindakan lanjut kerana menganggap tindakan individu berkenaan telah mengaibkannya secara terbuka.
"Saya akan bawa isu ni ke MBSJ kerana perkata tersebit tidak patut ditulis oleh warga kerja MBSJ kepada peniaga yang bayar lesen perniagaan.
"Harap Maklum saya dah mesej awak untuk dapatkan maklumat awak untuk dilaporkan ke MBSJ. Jika tak beri kerjasama pun tak apa, saya ke MBSJ sahaja untuk buat aduan," tegasnya.
Terdahulu, keluhan Mila mengenai kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang memaklumkan majlis sosial dalam tempat tertutup mungkin bakal menjadi sektor terakhir akan dibuka mendapat perhatian ramai.
BACA: "Apa Beza Makan Di Restoran Dengan Kenduri Kahwin?" - Mila Tak Puas Hati Statement KJ, Nak Ajak 'Sit Down' Bincang & Beri Pendapat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024