Perkongsian penyanyi rap Caprice yang memuat naik tarian yang sedang trending, Marry Me bersama isterinya Farra Inalis telah mengundang kecaman di akaun Instagram miliknya.

Gara-gara hendak mengikut trend membuat ‘content’ tarian yang sedang menjadi fenomena terutama di TikTok itu Caprice ditegur netizen kerana mendedahkan aurat ketika berada di dalam tandas dengan seluarnya dilucutkan.

Sementara isterinya pula berada di sisi dilihat menari sambil memegang beberapa jenis perisa vape yang dijual.

Dalam beberapa scene itu yang menjadi perhatian apabila Caprice seperti berpura-pura sedang membuang air sambil membaca majalah.

“Berak pun kena ambik gambar ke,” persoal salah seorang netizen.

“Aurat lelaki sampai lutut, bukan lutut je,” komen salah seorang pengikutnya.

“What is on the news today…caprice wearing a boxer while having a ?,” kata salah seorang warga maya.

Pun begitu, Caprice tidak berdiam diri malah membalas salah satu daripada komen berkenaan dengan memberitahu dia cuba untuk nampak ‘real’.

“Hahah damn we tried our best to make it real (kami cuba untuk nampak seperti berada dalam keadaan sebenar),” katanya.

Terdahulu, Caprice baharu sahaja mendedahkan isterinya sedang sakit gara-gara buatan orang dan masih mencari tempat untuk berubat.

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)