Berita
Ditegur Kerana Kerap Kongsi Gambar Anak Tidak Berbaju, Ini Jawapan Lana Nodin
Pelakon Lana Nodin ditegur netizen kerana sering memuat naik foto anak perempuannya, Gia Quinn tidak berbaju di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya mengambil berat mengenai hal itu kerana bimbang anak sulungnya itu terdedah dengan pedofilia.
Terbaharu Lana berkongsi fotonya bersama dua orang anaknya termasuk bayi keduanya, Billy yang menunjukkan Gia tidak berbaju.
Entri tersebut mendapat perhatian netizen yang menegurnya sekaligus bertanyakan mengenai hal itu.
Lana tidak mendiamkan diri malah terus menjawab dan memberi respon kepada soalan tersebut.
Menurut Lana, ketika itu kebetulan anaknya baru balik dari satu majlis dan terus membuka baju sementara suaminya, Daud McKinzie pula yang mengambil gambar mereka sebagai kenang-kenangan.
Terdahulu, terdapat beberpa entri Lana memuat anak video dan foto anaknya itu tidak berbaju dan hanya memakai lampin.
Lana dan suaminya Mohd Daud McKienzie mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015.