HIBURAN
Ditegur Membazir Buang Kek RM2,000, Madammu Beri Penjelasan - “Ini Memang Dibuat Untuk Display, Tak Boleh Makan”
Usahawan dan personaliti media sosial, Madammu sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi sambutan hari lahir anaknya baru-baru ini.
Kek hari jadi bernilai RM2,080
Namun apa yang menjadi tumpuan bukanlah majlis tersebut sebaliknya kek hari lahir anaknya yang dianggarkan bernilai sekitar RM2,080.
Malah kek itu sendiri menjadi perbualan netizen kerana makanan yang ditempah bukan untuk dimakan.
Disebabkan ramai yang mula mempersoalkan tentang pembaziran dan fungsi kek tersebut, Madammu tampil memberi penjelasan secara santai menerusi siaran langsung (live) di media sosial.
Menurut Madammu, kek tersebut sememangnya telah dipesan khas sebagai kek perhiasan untuk majlis itu sahaja.
undefined